BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
salam

Monday, November 29, 2010

Selamat malam....

Malam ini tak ada apa2 nak dituliskan...mata pun dah mengantuk....insyaallah...besok Sang Suri akan berbicara lagi. Cuma ada sesuatu dari Sang Suri untuk kita kongsi bersama..... Iaitu amalan untuk menjauhkan dari SIKSA KUBUR. Pertama; Perbanyakkan membaca Surah Al Ikhlas.Kedua; Amalkan membaca Surah Al Mulk di waktu malam hari.Dan yang ketiga ialah :memperbanyakkan menyebut La ila haillallah almalikul hakkul mubin. Ketiga2nya ini ada tersebut di dalam hadith rasulullah saw. Sekian....semuga kita semua mengambil dan mendapat manfaat darinya.

~Wassalam~

Tuesday, November 23, 2010

Assalamualaikum......

Selamat sore...selamat bertemu kembali bersama Sang Suri pada petang ini...hehe. Sebenarnya Sang Suri pun tak tahu nak bicara apa pada saat ini. Nak cerita tentang apa ek.....? Ha..! baru teringat...Semalam Sang Suri bawa tiga orang anak Sang Suri pergi ke Bandar Hilir Melaka. Alahai...bertahun jadi orang Melaka..,tapi banyak tempat yang Sang Suri tak pernah kunjungi di Melaka ni. Kalau ada saudara mara datang...bertanya tentang tempat itu dan ini...terus terang jelah...kami beritahu yang kami ni banyak tak tau apa2tentang Melaka.Agaknya kalau Dato Ali Rustam tau ada  orang dah dok Melaka bertahun2 tapi tak tahu sejarah Melaka mesti dia marah kan........!

Rasanya macam tak pernah langsung keluar jauh dari rumah. Sampai2 je tengok Bandar Hilir dah banyak sangat yang berubah...Kalau dulu ada laut...tapi sekarang dah tak ada.Kalau ada pun dah jauh dari laluan manusia. Dulu sampai2 je boleh berdiri tepi laut.Sekarang ni...nak nampak kereta lembu pun dah susah...Ada kereta lembu tak bergerak lagi,kerana lembunya dah kena sumpah menjadi batu...dek kerana tak nak mendengar kata2 arahan dari tuannya, hehehe.....Jadi kereta lembu tu sekarang hanya boleh diajak bergambar je...kesian tul dia.... Laut pun begitu,kesian dia....dah kena tambak,yang akhirnya kini dia telah ditutupi dek jalan dan binaan bangunan...Apapun dulu dan sekarang memang jauh berbeza....

Sang Suri ni bukan senang nak keluar jalan... Kadang2naik pening dok dalam rumah,depan belakang..depan belakang.Sekali2 keluar...kelam kabut bawa kereta di tengah jalanraya yang  sibuk di Bandar Hilir tu.Macam rusa masuk kampung lak.....kesian tul Sang Suri ni.....Pendek kata pandai2lah kalau nak keluar tengok dunia luar...huhuhu....Alhamdulillah...seronok jugak melihat gelagat anak2,duk ambil gambar di sana sini....hahahaha...!!Anak Sang Suri memang suka sangat bergambar,kat tembok....kat pokok....asalkan bole..Tak apalah....,yang penting dia orang happy.......biarpun hanya keluar beberapa kilometer je dari rumah..hih hih....!!.Allah....Subhanallah......

Saturday, November 20, 2010

Selamat Pagi......

Pagi ini...Sang Suri tak dapat gi jogging... Dah tiga hari turut2 sang suri gi jogging kat Bukit Serindit.Naik bukit turun bukit...kejap jalan kejap lari. Huh......penat tul termengah-mengah. Tapi seronok....bila baju dah dibasahi dek peluh. Sejak sebelum raya pose lagi tak buat.....bila dah mula sekali nak seterusnya tak nak berenti.Citer pasal joging ni kan.....kalau tak buat memang rugi. Ikut malas....ikut ngantuk mata memang nak tido je... Tido pagi pun tak elok....nabi kita tak benarkan....tak tau lagi ke....? Sang Suri memang seronok kalau dapat kuar peluh.Kat rumah bukan tak kuar peluh.....,masak pun kuar peluh,sapu lantai pun kuar peluh gak...Tapi tak sama dengan peluh yang kuar bila kita wat jogging.Me.....mang lain....Sang Suri tak suka tunggu orang yang tak suka nak buat apa yang kita suka... Yang nak sihat kita......siapa lagi kalau bukan kita, yang nak jaga kesihatan kita kan.......Jadi.....Sang Suri pegilah jogging ,biarpun sorang diri...Tapi hati Sang Suri happy........

Jom.......temankan Sang Suri gi jogging lagi..pada besok pagi,insyaallah.......

Monday, November 15, 2010

Salam Persahabatan Dari Bicara Sang Suri

Salam sejahtera dan salam persahabatan buat semua yang menjadi tetamu blog Bicara Sang Suri.
 Buat pertama kalinya Sang Suri ingin memulakan bicara berkaitan dengan Persahabatan.
 Apakah yang dimaksudkan dengan persahabatan...Semua orang sudah tahu apa itu sahabat..teman..rakan...atau taulan..Rasulullah saw sendiri  mempunyai sahabat yang sejati,sanggup berkorban apa sahaja untuk baginda..bersedia mengambil risiko kemungkinan akan mati dibunuh,demi menyelamatkan nyawa baginda saw.Itulah istemewanya sahabat2 Rasulullah saw.
Persoalannya....bagaimanakah dengan sahabat2 yang kita ada....?Adakah persahabatan yang kita bina...mirip seperti persahabatan yang dijalin oleh sahabat Rasulullah saw......Anda tahu sendiri jawapannya.