BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 13, 2011

Assalamualaikum.....

Sekali lagi aku terkapai2 nak buka blog.Maklum....orang terlalu rajin buka blog....sampai terlupa password.Ya allah....nak menangis dibuatnya. Dah dua kali tukar password.Harap2....lepas ini tak lupa lagi.Tidak terfikir apa nak tulis....Harap2 tidak terlambat rasanya untuk diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua..maaf zahir batin...
Hari Raya zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman ketika saya di kampung dulu...maklumlah duduk di
kampung...Kampung di Johor tau2 jelah...Semuanya ada parit2.Macam kampung saya jugak...
Kampung Parit Samijan...
Bila ingat2 zaman saya budak2 lagi...hinggalah ke zaman remaja saya...berhari raya adalah sesuatu yang
paling menyeronokan...Kami Baraan(istilah orang Johor beraya beramai2) sampai ke hujung kampung.
Dari pagi kira2 pukul sepuluh pagi kami dah bergerak...Kadang2 sampai dua puluh orang
semuanya. Biasalah...di rumah pertama,kami boleh merasa makan dan minum...maklum baru rumah  pertama.
Tapi ...bila dah sampai hujung2..kampung..,kesian tuan rumah.Kami hanya memandang kuih2
yang dihidangkan.Minum pun tidak banyak...kerana perut kami betul2 telah dipenuhi air oren yang 
berbagai2warna dan rasa....Bayangkan kami keluar awal,berhenti sekejap untuk solat zuhur
kemudian sambung lagi beraya.Sampai habis satu kampung.
Malah ada diantara kami yang belum sempat balik ke rumah...tetapi dah membuang di rumah orang.
Tak tahan...perut dah penuh dan memulas.Tapi kami rasa sepuasnya....menghabiskan
satu hari raya ke rumah jiran sekampung.
Zaman dulu...kami tak kisah sangat pun pada duit raya...Ada sebuah rumah tu...(kedai) setiap tahun
hanya memberi kami hanya lima sen seorang...tapi tidak seorang pun yang merungut.Rasanya...paling
banyak kami dapat duit raya setelah jalan sekampung....hanya dalam dua belas ringgit sahaja.
Dengan duit raya yang ada pula...kami boleh lagi berhari raya ke rumah cikgu2 kami
di bandar,dengan menaiki bas.Memang...menyeronokan.
Sekarang ini....setelah jauh dari kampung,melihat suasana hari raya jauh berbeza dari dulu...
Tak taulah di kampung2...tapi tidak sama di taman2 perumahan.Dari segi cara berhari rayanya...
suasananya...dan juga duit rayanya.
Ramai anak2 hari ini lebih mementingkan duit raya dari kepentingan suasana berhari raya itu sendiri.
Kadang2 ada tuan rumah yang malas melayan tetamu yang datang terutama budak2..
tanpa rasa apa2 bertanya pada budak2 yang nak datang berhari raya...."nak masuk rumah atau nak duit...?"
Sepatutnya...izinkan mereka masuk dahulu kerana niat mereka awalnya ialah nak berhari raya.
Selepas mereka makan dan minum samada sedikit atau banyak...barulah beri mereka
duit raya sekiranya mampu.Sekiranya tidak....katakan maaf tak dapat memberi duit raya.
Rasanya itu lebih berperaturan....
Kalau dulu saya pernah dapat duit raya lima sen,tapi adalah mustahil zaman skarang ada
orang yang beri duit raya sebanyak itu.Paling tak mampu pun...mungkin lima puluh sen.Budak2 ni pula..
kadang2...kurang dididik untuk bersyukur...Dapat lima puluh sen...merungut mengata tuan rumah 
kedekut. Kalau dapat dua ringgit atau lebih pulak...mereka iklan pada kawan2...agar datang ke rumah
yang beri duit banyak,huh...budak2 katakan,pantang diberi duit.
Pendekan cerita...Raya dulu dan sekarang banyak perbezaannya.Hari Raya nya tetap jatuh 
pada satu syawal setiap tahun.Yang agak berbeza adalah...sikap,cara...dan bagaimana hari raya itu
sendiri dipenuhi.
Teringat saya pada beberapa hari raya lalu...Ada beberapa orang budak yang agak naik remaja..
Mengetuk beberapa kali pintu rumah dengan kuat.Kemudian terdengar suara ucapan salam dan 
memberitahu cik nak raya. Saya yang tika itu baru keluar dari bilik mandi,terus duduk du dapur
kerana tidak dapat mengambil pakaian.
Saya suruh anak lelaki sulung melayan mereka.Sementara mengambil air di dapur...budak2 tetamu
tu tiada yang menunggu.Selepas makan dan minum mereka pun memberitahu nak balik.Duit raya pun diberi...
Selang beberapa minit kemudian anak perempuan saya mencari handphone yang di letak di atas almari TV rumah kami....Hah.......sudah hilang dah......
Sekian wassalam......

0 ulasan: