BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
salam

Sunday, December 26, 2010

Selamat sore...assalamualaikum,

Alhamdulillah....jumpa lagi ngan sang suri. Lama tak menconteng di sini...Tak ada kesempatan nak 
berceloteh...Bukanlah sibuk sangat pun...tapi tahlah...mungkin belum dapat menghadap
ruangan ni dengan sepenuhnya.....

Apapun.....insyaallah....,akan bersambung pada masa dan kesempatan yang lain.
Semoga pengunjung dan tetamu sang suri tidak merasa jemu untuk berkunjung lagi...Menyambung 
silaturahim melalui halaman seperti ini kan........

Dan kepada sesiapa dah follow sang suri,terima kasih yang tidak terhingga.....Maklumlah..sang suri pun
masih baru dalam halaman seperti ini...,masih banyak kena belajar....

Kepada anak perempuan sang suri yang banyak.....sangat membantu sang suri dalam memperelokan
ruangan ini...terima kasih....banyak2lah anakndaku Idawaida./bicarasangratu.blogspot.

Anaknda memang banyak membantu bonda mu ini....Dialah guru sangsuri buat blog ini,hehe.....
Moga anaknda sentiasa sukses....

~~Amin~~

Ramdar-6.25 pm.

Friday, December 17, 2010

Beberapa kata hikmat tentang persahabatan...

Persahabatan merupakan satu pintu kemerdekaan kita.Banyak perkara yang kita tidak dapat ceritakan kepada isteri atau suami atau keluarga kita,tetapi kita boleh ceritakan kepada sahabat.
Sebab itulah...persahabatan yang jujur itu juga adalah salah satu daripada cabang2 kejujuran.

Untuk mendapat sahabat...terlebih dahulu hendaklah diri kita sendiri bersedia untuk menjadi seorang sahabat.
Dan bersedia menjalinkan persahabatan itu.....

Sahabat kita biasanya suka kepada kita,tetapi....tidak semestinya orang2 yang suka kepada kita itu adalah sahabat kita...

Kesenangan hidup kita memperbanyak sahabat...tetapi pengikat persahabatan yang setia itu adalah disaat2 seseorang itu sedang menempuh kesukaran...

Sebaik2 dan semulia2 kewajipan dalam persahabatan itu adalah apabila kita mengetahui apakah kehendak atau kemahuan sahabat kita sebelum ia menyatakannya kepada kita..Dan kita memperkenankan permintaanya sebelum diminta.

Sekiranya menjadi sahabat orang lain bersama2,tidaklah boleh menjadi sahabat orang seorang sahaja..

Sekiranya sahabat mu kelihatan tertawa atau gembira,hendaklah kita bertanyakan mengapakah dia
merasa sangat gembira dan kelihatan senang hati.Begitu pula kiranya sahabat kita kelihatan sedih atau dukacita,maka hendaklah kita bertanyakan mengapa dia berkeadaan yang demikian.

Sekiranya kita menberikan sesuatu kepada sahabat kita samalah ertinya kita memberi kepada diri kita sendiri..
 Pengobat jerih atau kepayahan adalah dua keutamaan,pertama:iman kepada Allah.Dan kedua:percaya kepada sahabat..

Apabila diri seseorang telah merasa dirinya besar..dia lupa akan salahnya...Hanya sahabatnya yang setia sahaja...yang sanggup menegur dan membukakan matanya agar kembali sedar.

Sahabat setia...,bila terlalu banyak selidiknya terhadap diri kita....bukanlah buat diampuninya atau
tidaklah mudah untuk dimaafkan...

Sahabat yang ada "udang di sebalik batu"terhadap kita adalah seumpama anjing di tepi jalan,yang tujuannya hanyalah mendapatkan tulang yang bakal dilemparkan kepadanya dan bukan tangan yang melemparkan 
tulang itu.

 Dari Buku Falsafah Hidup Oleh Dr Hamka.

Wednesday, December 15, 2010

Sedikit tentang sahabat.....

Orang yang berakal,tidak ingin bersahabat dengan orang yang rendah budi....kerana orang yang rendah budi itu samalah dengan seekor ular.
Badannya lunak tetapi membelit...,lidahnya halus...tetapi bercabang dua...,kepalanya tidak runcing tetapi penuh berbisa.Dia masuk rumah kita secara diam2..!

Orang yaang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat..melainkan orang2 yang panjang fikirannya..,kuat agamanya,luas ilmunya,tinggi akhlaknya.dan..lanjut akalnya.Di waktu mudanya hidup bergaul dengan orang2 soleh..
Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan  dari sahabatnya...maka..,tidaklah dia merasai buah persaudaraan orang itu terhadap dirinya
.
Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut "kena",maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara..

"Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat.
Dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan keputusan/terputusnya persahabatan itu..."


Dipetik dari Buku Falsafah Hidup karangan oleh Dr Hamka.

Tuesday, December 14, 2010

Hai......assalamualaikum....

Tiada apa yang dapat dibicarakan di sini.....Cuma nak kongsi sikit je.....hehehe. Iaitu " Masa Itu Emas "
.....
Gunakanlah sebaik2nya dengan melakukan perkara2 yang mendatangkan manfaat samada untuk dunia mau pun
akhirat.
Sementara hayat masih ada..
~~Insyaallah~~



Sunday, December 12, 2010

~HiDuP~

Kehidupan adalah laksana Tenunan yang selalu bersambung.Segala makhluk di Bumi ini seolah-olah tidak kelihatan di dalam tenunan itu kerana tersangatlah kecil...
Tenunan hayat yang kita lihat adalah dari hujung daripada pangkal kain yang telah lalu...yang bersambung..tiada putus sejak dari awal..yang tiada diketahui bilakah sampai kepada akhir yang belum diketahui bilakah........
Setelah waktu yang ditentukan itu dilaluinya...maka kehidupan itu pun berhentilah pada satu perhentian yang diberi nama "el maut" !!
Yaitu...apabila berhentinya perjalanan darah yang mengandungi oksijen mengelilingi seluruh tubuh..!
Bertepatan dengan itu juga, maka....sel yang kecil2 pun berhenti jugalah perjalanannya....tanpa diharap akan kembali lagi...atau berulang lagi....
Innalillahi...waina ilaihi ro....jiuun.......!!!

Wednesday, December 8, 2010

Cerita Budak 4 Tahun...

 Alkisah seorg budak lelaki brumur 4 thn di tmn ku...Budaknya agak cerdik..dan petah berckp biarpun agak pelat prtuturannya...Dia mrupakn anak sulung kpd seorg ibu muda yg menjual pisang goreng.
Apa yg ingin aku ceritakan di sini ialah..budak lelaki tu tak boleh terjumpa apa je yang menarik hatinya....Walaupun benda atau barang tu di rumah orang lain.......! Dia akan ingat.....je,memang tak boleh lupa.Silap2.....dia tak dapat tido malam teringatkan benda tu....hih hih...,memang pun....bukan bohong...dan sudah terjadi.
Citer Pertama:
Satu hari...nenek dia telah meninggal dunia.. Selepas jenazah dikapankan,tibalah masa untuk kaum kuarga dan sanak saudara utk menatap wajah dan menciumnya buat kali terakhir.Tetapi..budak 4 thn tu dah hilang...tah pegi mana.Puas...sepupunya gi cari dia....tak nmpk langsung btg hdung... Ish...manalah..dia pegi gaknya... Aku lak masa tu gi panggil kwn ku tak jauh dari rumahku.Tetiba masa lalu dpn umah...aku nmpak grel pintu umah terbuka,aku jadi hairan....siapa lak masuk.Setau aku masa kuar..grel dah tutup,tika tu anak lelaki ku ada di biliknya.Aku tuju ke rumah...nak tau sapa kat dalam.Kat dpn pintu ada sepsg kasut kecik kepunyaan budak.Bila ku buka pintu...kisahnya budak baik tu ada di dalam umah tengah main tembak2 dgn pistol mainan anakku.Hah....hampir satu taman dicari,rupanya di sini dia bisikku........
Citer Kedua:
Sebagaimana tlh diciterkan oleh ayahnya...Satu hari budak lelaki tu yang juga anaknya..telah ternampak sebatang cangkul kecik....di rumah jiran sebelah rumahnya...Dia betul2 tak boleh tido pada malam tu..tanpa diketahui oleh ibubapanya...Entah bagaimana..kira2 jam 2.30 pagi ayahnya terjaga dari tidur.Ayahnya terkejut...kerana anak sulungnya telah tiada...huh...risaunya bukan kepalang..!!Maklum malam2 buta anaknya hilang....
Dia cuba keluar mencari kalau2 anaknya ada di luar...Me......mang tepat !!! Ayahnya sudah dapat meneka....di mana anaknya.Hih hih hih....anaknya sedang tekun mencangkul tanah di bawah pokok di depan rumah jirannya. Akhirnya jirannya pun kuar rumah juga bila ayah budak tu dah datang. Jirannya ketakutan bila mendengar org mencangkul tanah dpan rumahnya di tengah malam buta...,nak jengah pun takut.La..........rupa2nya budak kecik  ni pnya keja...Apa lagi..besoknya ayah budak ni pun belikan dia cangkul kecik yang baru untuk anaknya.Hahhhhh.....leganya bila anak depan mata.
Pengajaran Dari Citer....... 
Berhati2lah...dan awasilah kanak2 atau budak2 spt Budak Lelaki tu.Dia sebenarnya bijak...dan bukannya nakal...Kitalah yang kena beringat dan berjaga2.Kuncilah grel dan pintu diwaktu malam.Jgn lupa kunci juga pintu pagar rumah.Hai....mujurlah budak tu gi ke sebelah umah je nak ambil cangkul.Mcmanalah.....kalau barang yang dia berkenan tu ada di kedai di seberang jalan ye..?atau di sebuah pasaraya....????? Waduh......gawat jugak kalau dia kuar malam2 buta berjalan mencari pasaraya..!!!.Maklum,budak2 ni...cepat ingat sesuatu...dan tempat.Jalan pun dia boleh ingat....
Dah namanya pun B U D A K..!!!!!! Itulah citer budak...